Ahh... Sudah lama saya tidak bercakap Melayu. Ahhh... Hatiku rasanya pedih... Saya rasa tembok yang menghalang saya pada dia lebih tinggi and tebal sekarang. Selepas saya mengaku yang saya suka sangat pada dia, semua telah tukar.
Cara dia berbual dengan saya di MSN telah tukar. Saya sangat rindu cara dia berbual dengan saya sebelum saya mengungkap perasaan saya padanya. Semuanya telah tukar... Sekarang saya rasa lebih jauh darinya. Ah... mungkin ni balasan pada saya.
Siapa suruh saya meluahkan perasaan saya? Bodohnya aku....
Sebelum ini semua berlaku, dia kata padaku yang dia suka saya sebagai kawan rapat... Selepas perpisahan, dia kata saya sebagai kawan baik... Sekarang, saya hanya kawan. Tiada lebih tiada kurang...
Kadang kala, air mataku menitis sikit... Ku rasa ku telah kehilangan persahabatan yang sangat penting padaku. Tapi tak apa lah... dia sudah bahagia... itu penting padaku sahaja. Ini adalah balasan yang saya dapat untuk menyusahkan kehidupan dia...
Sangat sedih yang semuanya tak boleh kembali pada permulaan...
Apa lagi yang saya boleh buat? Hanya tunggu... Dan tunggu...
Persahabatan yang mulia telah hilang. Mengapa semuanya mesti bertukar!! Haiz...
Persahabatan yang mulia telah hilang. Mengapa semuanya mesti bertukar!! Haiz...
0 comments:
Post a Comment